Monday, 20 February 2012

Aku tak mahu menjadi robot !

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: MRSM Kuala Klawang (video conference DPLI UPSI-MARA Cohort IV)
Mode : Penat dengan dunia

Rasanya da sangat lama x update blog ni huhuhu...

~Sedikit Luahan~
Kebelakangan ini, rasa penat yang amat sangat. Kepenatan tu sampai terbawa-bawa hingga ke wiken. Mcm x rehat je rasanya, dengan esemen DPLI yang berlambak-lambak.
Sian Uja, sepanjang minggu lepas. drive sorang-sorang je pergi blk ke Kuala Klawang. Aku sendiri, da terlelap x sedar pape sepanjang perjalanan pergi dan balik.

Sabtu yang lepas, satu mini daurah ISK untuk adik2 KMNS dan beberapa org adik UITM Kuala Pilah telah diadakan di Matriks Kuala Pilah.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan aturan Allah.
Daurah ini sememangnya tidak well planned, tetapi apabila teringatkan kata-kata di bawah, terus gamble buat jugak ISK utk adik2. Kita kena terus bergerak!
'Tidak bergerak itu satu kesalahan. Kesilapan yang mungkin kita lakukan itu merupakan satu pengajaran.'

Sewaktu membuat persedian untuk bahan-bahan bagi Muqaddimah ISK, sekali lagi Allah ketuk kepalaku sewaktu tengok video 'robot'.

Sebaik sahaja tengok video robot itu, secara automatik aku terus tengok tangan aku samada sudah berubah menjadi tangan robot.
Sejak kebelakangan ini, aku merasakan yang aku sudah menjadi sebuah robot yang tiada matlamat hidup.
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, rutin yang sama sj yg aku lalui.

Bangun pagi - pergi sekolah, balik jam 2 ptg - jam 3 ptg ade slot homeroom / meeting dan sebagainya - jam 4 ptg gerak ke Kuala Klawang - VC DPLI mula jam 5 ptg hingga 10 mlm - jam 11 mlm sampai Serting semula - FLAT.....

Esok harinya, mula semula rutin yg sama.
Bosan kan? macam robot da...