Sunday, 6 May 2012

NeracaNya

Allah tidak melihat pada nilainya, tetapi Allah melihat pada ketaqwaan yang datang dengan ibadah yg telah dilakukan.
Norly, try untuk menjadi yang terbaik walau di mana jua tempat / position anda.

Monday, 12 March 2012

exam...

Bismillahirrahmanirrahim...

Di kala sahabat-sahabat yang lainnya sedang berehat, aku ingin ambil peluang utk update sikit di teratak ni...

Hari ni merupaka hari pertama, exam Dip Ed di Cheras.
Wah..da sgt lama rasanya tidak menduduki exam.
Sudah lama jugak aku x tido dalam dewan exam, arini berulang kembali seperti zaman2 blaja dulu.
Malu betul td kena tego dengan Dr Sabri sbb tertido time exam Psikology. malu2 huhu...
Mcm mn boleh terlelap pn, tatau la, sedangkan da ade bnyk bekalan sweets dalam pencil case.

Seminggu yg lepas, aku nyaris accident di Kuala Pilah, gara-gara terlelap jgk time drive.
Sedar2, bukak mata, aku sudah berada di lane sebelah. keadaan jln raya, kereta2 da tunggang langgang.
Terjaga pn ats sbb kereta depan da bunyikan hon, dan juga bunyi geselan tayar dengan jalan kereta tu sbb tekan brek.
Time tu, aku mmg merasakan kereta aku akan abis remuk sebab nyaris berlanggar depan-depan.
Sekiranya berlakulah kejadian itu, nyawa sendiri belum tentu selamat.
Namun, kuasa Allah, Allah selamatkan lagi.
Selalu sangat terbabas gara2 terlelap time drive, membuatkan aku rasa lali bila terbabas.
Tapi, kejadian di Kuala Pilah ini, betul2 membuatkan aku menggigil dan muhasabah diri sejenak.

ok la, stop la pasal accident ni.
di cheras punye cerita, aku rasa sgt dahsyat sbb masuk exam tanpa sebarang preparation.
nk bertawakkal, x berusaha yang sepatutnya.

melihatkan sahabat2 yang rajin mengulangkaji, sedikit sebanyak memberi momentum kepadaku. memang kita kena aim the best, tp ntah kenapa aku cuma fikir utk lulus shj, as long as dapat lesen mengajar tu.
sometimes, aku lihat sangat ramai manusia yg berusaha utk masuk ke dewan exam, which is exam dunia shj. tapi, mcm mn dgn exam akhirat. semuanya sungguh tenang, mcm tida preparation pn utk exam akhirat.

astaghfirullahal'azim...
da.. da..
jom blaja KPT dan QSS.
moga Allah permudahkan segala urusan antunna.

Monday, 20 February 2012

Aku tak mahu menjadi robot !

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: MRSM Kuala Klawang (video conference DPLI UPSI-MARA Cohort IV)
Mode : Penat dengan dunia

Rasanya da sangat lama x update blog ni huhuhu...

~Sedikit Luahan~
Kebelakangan ini, rasa penat yang amat sangat. Kepenatan tu sampai terbawa-bawa hingga ke wiken. Mcm x rehat je rasanya, dengan esemen DPLI yang berlambak-lambak.
Sian Uja, sepanjang minggu lepas. drive sorang-sorang je pergi blk ke Kuala Klawang. Aku sendiri, da terlelap x sedar pape sepanjang perjalanan pergi dan balik.

Sabtu yang lepas, satu mini daurah ISK untuk adik2 KMNS dan beberapa org adik UITM Kuala Pilah telah diadakan di Matriks Kuala Pilah.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan aturan Allah.
Daurah ini sememangnya tidak well planned, tetapi apabila teringatkan kata-kata di bawah, terus gamble buat jugak ISK utk adik2. Kita kena terus bergerak!
'Tidak bergerak itu satu kesalahan. Kesilapan yang mungkin kita lakukan itu merupakan satu pengajaran.'

Sewaktu membuat persedian untuk bahan-bahan bagi Muqaddimah ISK, sekali lagi Allah ketuk kepalaku sewaktu tengok video 'robot'.

Sebaik sahaja tengok video robot itu, secara automatik aku terus tengok tangan aku samada sudah berubah menjadi tangan robot.
Sejak kebelakangan ini, aku merasakan yang aku sudah menjadi sebuah robot yang tiada matlamat hidup.
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, rutin yang sama sj yg aku lalui.

Bangun pagi - pergi sekolah, balik jam 2 ptg - jam 3 ptg ade slot homeroom / meeting dan sebagainya - jam 4 ptg gerak ke Kuala Klawang - VC DPLI mula jam 5 ptg hingga 10 mlm - jam 11 mlm sampai Serting semula - FLAT.....

Esok harinya, mula semula rutin yg sama.
Bosan kan? macam robot da...