Wednesday, 9 November 2011

Muhasabah Sejenak...

Manusia itu dua matanya (ibarat) penunjuk, dua telinganya sebagai pemberi isyarat 'AWAS', lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah posmen, hatinya pula sebagai raja. Sekiranya rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya...

Aku merasakan sungguh lemah di saat ini..
Tiada daya, tiada kekuatan untuk terus berada di sini..
Aku tidak suka dgn bi'ah di sini..
Tiada kekuatan untuk aku terus di sini...
Berikanlan aku seorang Harun ya Allah...

~~Ya Allah, pandulah aku dalam setiap langkahku...~~


'Some flowers grow best in the sun,
Others do well in the shade,
Allah always knows what is the best for us,
So, He puts us where we grow the best...'







'Hai Tuhan yang mengubah segala hati !
Tetapkanlah hatiku atas agamaMu'

Monday, 7 November 2011

Muhasabah Eidul'Adha

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

Syukur kehadrat Ilahi kerana hingga ke saat ni, aku masih boleh bernafas.
Sepanjang perjalanan pulang dr Kuantan ke Serting hari ini, beberapa kali juga aku hampir terbabas, gara2 tidak sedar. Da selalu sgt mcm tu, sehinggakan aku rasa itu satu kebiasaan bg ku.
Tetapi utk hari ni, sepanjang drive td, aku cuba utk fokus sebaik mungkin, cuba utk mengelak sebarang kejadian2 yg x diingini since adikku yg bakal menduduki SPM ada dalam kereta.
Astaghfirullahal'azim.

Muhasabah 'Eidul'adha...

Apa yang telah kita korbankan demi D&T?
HARTA? MASA? TENAGA? JIWA? FIKIRAN?
Moga konsep pengorbanan dpt dihayati bersama insyaAllah.

Tuesday, 1 November 2011

Flat dengan urusan dunia

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah br setel hal2 di maktab (untuk hari ini..)
Esok kena mengadap lg ;(
Tidak sampai setahun lg aku di serting. mcm mn ni...
Mampukah aku bertahan?
Sgt2 kagum dengan cikgu2 senior yg da lama n masih bertahan.

Starting semalam, rasa sgt2 penat dengan 'technical stuff' di maktab.
Hari ini jgk sgt kelam kabut n sgt tidak tersusun.
x cukup ciri2 individu muslim ni ;(
Sometimes, rasa mcm tade ruh je buat keje2 'benda alah' ni.


Rasa mcm sgt2 robot je berada di serting ni.
Robot yang bekerja mengikut kehendak tuannya - digunakan bila perlu shj. Robot yg patuh arahan tuannya, tetapi tiada matlamat hidup, tiada hala tuju.


Ya Allah,
kerja2 duniawi ni akan senantiasa bertambah.
kerja2 duniawi ni jgk akan senantiasa mengejar kita.
sekiranya kita tidak disibukkan dgn kerja2 dakwah, for sure kerja2 duniawi ni la yg akan mengisi masa2 kita.

Ya Allah,
pandulah aku dalam setiap langkahku...
pandulah aku dalam setiap perkataanku..
pandulah aku dalam setiap perbuatanku..

mode: flat dengan urusan dunia. xnk jd robot yg berjaya di maktab ni. any solution ???

Monday, 31 October 2011

kerana Allah...

Bismillahirrahmanirrahim...

esok hr isnin..
esok mula kelas..
esok kena g sekolah..
students da nk final exam..
form 5 da nk SPM..
kerja2 sedang memanggil-manggil utk dibereskan..
Ya Allah, beratnya rasa.

Norly,
tajdid blk niat..
kita bekerja ikhlas kerana Allah..
utk cik D&T ke, blaja ke, mengaja ke, kena berhimmah 'alliyah...

Sunday, 30 October 2011

Bulatan gembira

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
tq Allah atas nikmat iman n nikmat Islam yg telah Engkau berikan.

Sebentar shj lg, aku akan ke KMNS utk bertemu dgn adk2 yg dirindui dlm bulatan gembira.
Tidak sabar utk bertemu mereka.
Ya Allah, moga semuanya ni hanya keranaMu...

'Usrah satu tuntutan, naqib satu taklifan'

Ya Allah, mendalam sungguh maksud kata2 di ats.
Besar sungguh tanggungjawab seorang naqibah ni.
Usrah itu berperanan mentarbiyah & mempersiapkan individu.

Norly,
sejauh mn kah engkau telah membina individu2 itu?
sejauh mn kah engkau menghalakan usrah yg dibawa?
usrah yg dibawa tu bergerak ke x bergerak?
usrah yg dibawa tu muntij ke?

astaghfirullahal'azim

Saturday, 29 October 2011

Wahai Sang Hati

'Sebelum beramal, belajar untuk berniat.
Sebelum berniat, belajar untuk ikhlas.'

Niat kita ditentukan oleh hati. So, boleh dikatakan segalanya bermula drpd hati.
Hati ni, kita x nmpk, tersorok n tersimpan elok dlm badan.
Tetapi hatilah raja dlm badan kita.

'Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah,
jika ia baik, maka baiklah jasad.
Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad itu.
Itulah dia hati'
(Riwayat Bukhari)

Jenis-jenis Hati
1) Hati yg sempurna
- selalu ingat kpd Allah & tidak pernah jemu beribadat kpd Nya
- mencintai kalamullah
- beri perhatian pd kualiti amalan
- menjaga waktu
- menyesali pabila lupa Allah

2) Hati yg sakit
- susah nk kenal Allah
- mudah memenuhi hawa nafsu
- tidak sedih sekiranya tidak tahu kebenaran Islam
- selalu melakukan perkara yg tidak bermanfaat

3) Hati yg mati

Knp Allah x makbulkan doa kita sedangkan Allah da janji di dlm Al-Qur'an ?
- kenal Allah, tp x tunaikan haknya
- baca Al-Qur'an, tp x faham maksudnya
- mengaku cinta Rasulullah, tp x ikut sunnahnya
- benci syaitan, tp ikut nya
- dpt nikmat Allah, tp x pernah bersyukur
- nk masuk syurga, tp x ikut syaratnya
- nk menjauhi neraka, tp terjerumus ke dalamnya
- tahu mati pasti berlaku, tp x buat persiapan
- menziarahi kubur/sedih dgn kematian org, tp tidak ambil iktibar


Ubat Hati
1) Baca Al-Qur'an dan maknanya
2) Zikrullah
3) Qiyammullail
4) Banyak berpuasa
5) Berkumpul dgn org soleh (bersahabat dgn sahabat yg baik)


"Sekiranya kita berkawan dgn tukang besi, kita akan dpt percikan apinya. Sebaliknya, sekiranya kita berkawan dgn penjual minyak wangi, kita akan dpt bau wanginya"


"Wahai Sang Hati,
Bila engkau memandang segalanya drpd Allah
yang mempercepatkan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menyebabkan sakitnya hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
pastinya damailah hatimu...
Masakan Allah sengaja mentadbir segala-galanya dgn sia-sia.
Bukan kerana Allah tidak tahu deritanya hidupmu, pecahnya hatimu,
tetapi mungkin itulah yang Dia mahu,
kerana Dia tahu,
hati yang sebegini lebih lunak dan mudah untuk dekat denganNya..."

Thursday, 27 October 2011

Kuatkan langkah kami ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiba2 rasa rindu yg amat dtg menjengah...

Rindu dgn kakak2 yg telah bnyk mentarbiyah diri ni.
Rindu dgn teman2 seperjuangan yg sama-sama di NZ dulu.
Rindu dgn bi'ah di NZ dulu. sgt2 rindu dgn bi'ah yg solehah.
Rindu dgn adik2 yg masih bermujahadah di NZ.

Ya Allah, walau di mn jua kami dicampakkan, kuatkanlah langkah kami untuk terus tsabat di atas jalanMu ya Allah.

Dicampakkan ke laut, membentuk pulau...
Dicampakkan ke darat, membentuk gunung...

Ya Allah, sampaikanlah rinduku buat mereka semua...

Jaulah ke Coromandel dalam mencari redhaNya


Harbour Cruise with our beloved murobbi (^_^)



Sunday, 28 August 2011

First Ramadhan di Malaysia after...

Bismillahirrahmanirrahim...

Waa... da berhabuk n bersawang da blog ni. Alhamdulillah aku masih ingat username n password blog ni huhu..
Insyaallah akanku manfaatkan blog ini selepas ini, sbg tempat luahan segala-mala yg ada dlm kepala ni. Sejak posting di Serting, kepala ni da rasa sgt2 berat dgn benda2 yg bkn aula n diri ni da rasa mcm robot da.
Astaghfirullahal'azim...




Okeh2, back on the track.

This is my first Ramadhan in Malaysia setelah berada dlm 'sekolah tarbiyah' dan juga berada dalam alam pekerjaan.




Ya Allah, sgt berbezanya Ramadhanku di NZ selama 4 tahun yg lalu dgn Ramadhanku kali ini.
Ya Allah, aku rindukan bi'ah di NZ...
Aku rindukan juga semangat akhawat2 yg membara-bara di sekelilingku dahulu.
Ya Allah, aku sedih dengan Ramadhanku kali ini.
Ya Allah berikanlah aku kekuatan.